Dasar Privasi &
Keselamatan

Pengenalan

Muka surat ini menerangkan dasar privasi kami berkenaan dengan pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda oleh pihak LJBM. Jika anda memilih untuk mendaftar dan berurusan dengan menggunakan laman web kami ataupun menghantar e-mel yang mengandungi data-data peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsikan dengan agensi Kerajaan yang lain dalam usaha untuk membantu mempercepatkan sebarang proses urusan anda. Kami komited untuk melindungi data peribadi anda serta mematuhi segala undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan perlindungan data peribadi yang diguna pakai di Malaysia.

Persetujuan

Dengan memberikan data peribadi anda kepada LJBM, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami kenyataan yang disertakan di bawah dan anda bersetuju jika LJBM memproses data peribadi anda dengan cara yang diterangkan di sini. Jika anda memberikan data peribadi pihak ketiga kepada LJBM, anda menjamin dan menyatakan kepada LJBM bahawa anda telah menerima kebenaran daripada pihak ketiga supaya LJBM mengendalikan data peribadi yang berkaitan dengan cara yang dinyatakan di atas.

Maklumat Log

Dengan melayari laman web LJBM, pelayan web kami akan secara automatik merekod maklumat yang dihantar oleh pelayar setiap kali anda melayari sesuatu laman web. Log pelayan ini akan merekod maklumat seperti permintaan web, alamat Protokol Internet, jenis pelayar, bahasa pelayar, tarikh dan masa permintaan anda yang secara uniknya mengenalpasti pelayar anda.

Perlindungan Data

LJBM telah melaksanakan dasar-dasar keselamatan dan langkah-langkah teknikal untuk melindungi data peribadi anda menurut keperluan undang-undang serta peraturan-peraturan berkaitan perlindungan data peribadi yang terpakai. Teknologi perisian enkripsi terkini turut digunakan untuk melindungi apa jua data yang diberikan kepada kami dan standard keselamatan yang ketat juga dikekalkan untuk mengelakkan sebarang akses yang tidak dibenarkan.

Pertukaran Polisi

Jika terdapat sebarang pertukaran pada dasar privasi, sistem akan dikemaskini pada laman web ini. Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi bagi memastikan anda sentiasa sedar tentang maklumat mana yang disimpan, bagaimana dan bila maklumat tersebut digunakan dan jika ada, adakah maklumat tersebut dikongsikan bersama pihak lain.

Dasar Keselamatan

  • Pelawat yang ingin menggunakan kemudahan seperti maklum balas untuk penambahbaikan LJBM perlu mendaftar terlebih dahulu untuk tujuan keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
  • Pelawat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang maklumat yang diberikan kepada pihak LJBM.
  • Pelawat harus memastikan jika ada mana-mana fail yang dimuat naik adalah bebas daripada pepijat.
  • Cubaan untuk memecah masuk atau menggodam laman web LJBM adalah dilarang sama sekali.
Skip to content