CPD Programs 2016

Posted in News

seminar 2015

'EKSEKUTIF TALK'

Firma Perunding Ukur Bahan
Juruukur Bahan Berdaftar/Juruukur Bahan Berdaftar Siswazah

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan

Senarai Program - 'Eksekutif Talk' & Jadual Pembentangan :
1. Perancangan Malaysia (RMK) Ke-11
Speaker : Ir Haji Mohd Daud Bin Harun
(Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu)
2. Penerangan Mengenai Perlaksanaan Pindaan Akta Juruukur Bahan 2014
Speaker : Sr Kwan Hock Hai
(Pengerusi Jawatankuasa Akta, Peraturan Dan Hal-Ehwal Antarabangsa LJBM)
3. Penerangan Kepada Pindaan Garis Panduan Pendaftaran LJBM
Speaker : Sr Nik Zainal Alam Bin Hasan
(Pengerusi Jawatankuasa Pendaftaran Dan Kelayakan LJBM)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas :

2. Adalah dimaklumkan bahawa LJBM dengan kerjasam Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR akan menganjurkan 'Eksekutif Talk' pada tarikh dan tempat seperti dibawah :

Tarikh 27.04.2016
Masa 8:30 Pagi - 5:30 Petang
Tempat

Dewan Tan Sri Ainudin Wahid, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Sultan Yahya Petra (Jln Semarak), 54100, Kuala Lumpur

Kod Lokasi : 3.1736179, 101.7181554

Yuran Pendaftaran RM100.00 (RM94.34 + GST RM5.66) : 4 Kredit Mata CPD
Penceramah Ir. Haji Mohd Daud Bin Harun

3. Tujuan program ini diadakan untuk menerangkan lebih lanjut mengenai Perancangan Malaysia (RMK) Ke-11.

4. Dimaklumkan juga Rang Undang-Undang pindaan Akta Juruukur Bahan telah diluluskan oleh Dewan Negara pada 17.12.2014 dan seterusnya telah digazetkan dalam Warta Kerajaan pada 24.02.2015 setelah mendapat perkenan daripada Yang DiPertuan Agong pada 12.02.2015

Rang Undang-Undang ini telah dikuatkuasakan pada 30.01.2016, manakala penguatkuasaan sepenuhnya oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia telah ditetapkan pada tarikh 01.01.2017.

Di antara pindaan utama Akta Juruukur Bahan adalah perubahan dalam struktur pendaftaran dengan LJBM untuk memperkemaskan sistem pendaftaran yang sedia ada, disamping mewujudkan kategori pendaftaran baru bagi meluaskan lagi perkhidmatan profesional ukur bahan.

5. Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan dan cadangan program sebagai rujukan, juga boleh dimuatnaik menerusi laman web ini.

6. Jika YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan beminat untuk menyertai program ini, sila penuhi borang penyertaan dan kembalikan semula melalui faks no. 03-26925680 atau email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya satu minggu (waktu bekerja) sebelum program ini dianjurkan.

Sila hubungi Urusetia LJBM untuk keterangan lebih lanjut mengenai program ini.

Terima Kasih.

Muat Turun Borang Penyertaan :