Pendaftaran
Baharu

Permohonan Pendaftaran Baharu 

Juruukur Bahan Technologist (QST)

Permohonan Pendaftaran Baharu 

Juruukur Bahan Provisional (PVQS)

Permohonan Pendaftaran Baharu 

Juruukur Bahan Professional (PQS)

Permohonan Pendaftaran Baharu

Juruukur Bahan Consultant (CQS)

Permohonan Pendaftaran Baharu 

Firma Perunding Ukur Bahan (CQSP)

Makluman Penting

  1. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Sila pastikan kesemua perkara dalam senarai semak telah dipenuhi.

  2. Sila ambil maklum bahawa semua permohonan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftaran dan Kelayakan untuk keputusan rasmi. Permohonan yang diterima kurang dari 3 hari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat yang seterusnya.

  3. Permohonan dan dokumen sokongan perlu dilengkapkan dan dimuat naik melalui sistem ReQSys berdasarkan senarai semakan permohonan yang telah ditetapkan.

  4. Tiada sebarang penerimaan dokumen sokongan dalam bentuk fizikal (hardcopy).
1
Dokumen yang Diperlukan
  1. Satu salinan:
    1. Sijil SPM/O-Level.
    2. Diploma/Sijil/Matrikulasi/STPM/A-Level.
    3. Ijazah.
    4. Transkrip peperiksaan Ijazah bagi tahun pertama hingga tahun akhir.
    5. Transkrip peperiksaan Diploma/Sijil bagi tahun pertama hingga tahun akhir (jika ada).
    6. Keputusan peperiksaan Direct Final Exam (bagi permohonan menaiktaraf pendaftaran daripada kategori Juruukur Bahan Technologist). Dokumen di atas perlu diakui sah oleh:-
    7. Juruukur Bahan Professional / Consultant; atau
    8. Felo/Ahli berdaftar dari Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia ; yang diperakui seperti format berikut : (atau sebarang format pengesahan lain yang membawa maksud yang sama)(Sila rujuk PDF di bawah).
  2. Sekeping gambar bersaiz pasport (berpakaian rasmi).
  3. Satu salinan kad pengenalan / pasport.
  4. Satu salinan maklumat majikan dan alamat tempat bekerja.
2
Bayaran
Bayaran adalah secara atas talian melalui sistem ReQSys. Jumlah bayaran yang perlu dikemukakan adalah sebanyak RM150.00 yang merangkumi:

  • RM100.00 (yuran pendaftaran).
  • RM50.00 (yuran pemprosesan yang tidak akan dikembalikan).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi sekretariat pendaftaran Juruukur Bahan Technologist di talian 03-26107987 atau e-mel ke zainab.zainuddin[at]bqsm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi sekretariat pendaftaran Juruukur Bahan Provisional di talian 03-2610 8147 atau e-mel ke yanto[at]bqsm.gov.my.

Makluman Penting

  1. Permohonan WAJIB dilakukan secara dalam talian melalui sistem ReQSys.

  2. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses.

  3. Sila ambil maklum bahawa semua permohonan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftaran dan Kelayakan untuk perakuan sebelum dibentangkan di Mesyuarat Lembaga untuk keputusan rasmi. Permohonan yang diterima selepas tarikh Mesyuarat Jawatankuasa hanya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga yang seterusnya.

  4. Dokumen sokongan perlu dilengkapkan dan dimuat naik melalui sistem ReQSys.
1
Dokumen yang Diperlukan
  1. Surat kelulusan permohonan pendaftaran skim Assessment of Professional Competence (APC).
  2. Sekeping gambar bersaiz pasport (berpakaian rasmi).
  3. Surat pengesahan pengalaman kerja sebagai Juruukur Bahan dari majikan yang mengandungi perkataan berikut: (Sila rujuk PDF di bawah) atau yang memberi maksud sedemikian. Surat pengesahan pengalaman kerja perlu disokong dengan sesalinan surat pelantikan jawatan atau borang caruman KWSP atau mana-mana dokumen yang relevan untuk membuktikan bahawa tuan/puan telah bekerja dengan firma tersebut.
  4. Surat pengesahan majikan terkini (sekiranya berbeza dengan perkara (iii) di atas).
2
Bayaran
Bayaran adalah secara atas talian melalui sistem ReQSys. Jumlah bayaran yang perlu dikemukakan adalah sebanyak RM400.00 yang merangkumi:

  • RM300.00 (yuran pendaftaran).
  • RM100.00 (yuran pemprosesan yang tidak akan dikembalikan).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi sekretariat pendaftaran Juruukur Bahan Professional di talian 03-26107987 atau e-mel ke zainab.zainuddin[at]bqsm.gov.my.

Makluman Penting

  1. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses.

  2. Sila ambil maklum bahawa semua permohonan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftaran dan Kelayakan untuk perakuan sebelum dibentangkan di Mesyuarat Lembaga untuk keputusan rasmi. Permohonan yang diterima selepas tarikh Mesyuarat Jawatankuasa hanya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga yang seterusnya.

  3. Permohonan dan dokumen sokongan perlu dilengkapkan dan dimuat naik melalui sistem ReQSys berdasarkan senarai semakan permohonan yang telah ditetapkan.

  4. Tiada sebarang penerimaan dokumen sokongan di dalam bentuk fizikal (hardcopy).
1
Dokumen yang Diperlukan
  1. Satu salinan surat kelulusan penilaian peringkat Tier II.
  2. Sekeping gambar bersaiz pasport (berpakaian rasmi).
  3. Surat pengesahan pengalaman kerja sebagai Juruukur Bahan dari majikan yang mengandungi perkataan berikut:(Sila rujuk PDF di bawah)
    *Nota : Surat pengesahan pengalaman kerja perlu disokong dengan satu salinan surat pelantikan jawatan atau borang caruman KWSP atau mana-mana dokumen yang relevan untuk membuktikan bahawa tuan/puan telah bekerja dengan firma tersebut.
  4. Satu salinan maklumat majikan dan alamat tempat bekerja.
2
Bayaran
Bayaran adalah secara atas talian melalui sistem ReQSys. Jumlah bayaran yang perlu dikemukakan adalah sebanyak RM500.00 yang merangkumi:

  • RM400.00 (yuran pendaftaran).
  • RM100.00 (yuran pemprosesan yang tidak akan dikembalikan).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi sekretariat pendaftaran Firma Juruukur Bahan Consultant di talian 03- 26108140 atau e-mel ke alina[at]bqsm.gov.my.

Makluman Penting

  1. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses.

  2. Sila ambil maklum bahawa semua permohonan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftaran dan Kelayakan untuk perakuan sebelum dibentangkan di Mesyuarat Lembaga untuk keputusan rasmi. Permohonan lengkap yang diterima kurang dari 3 hari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa hanya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga yang seterusnya.

  3. Permohonan dan dokumen sokongan perlu dilengkapkan dan dimuat naik melalui sistem ReQSys berdasarkan senarai semakan permohonan yang telah ditetapkan.

  4. Tiada sebarang penerimaan dokumen sokongan di dalam bentuk fizikal (hardcopy).
1
Syarat
  1. Memastikan keperluan garis panduan Pendaftaran Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) seperti berikut dipenuhi:
      • Kelayakan prinsipal / rakan kongsi / pengarah dari kategori pendaftaran dan status di dalam firma (sepenuh masa atau bukan sepenuh masa).
      • Nama Praktis (Sila rujuk garis panduan Pendaftaran LJBM yang boleh dimuat turun dari portal LJBM).
  2. Bagi firma berstatus Pertubuhan Perbadanan, penubuhan firma perlu sentiasa memenuhi keperluan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2
Dokumen yang Diperlukan
    1. Satu salinan Ijazah bagi prinsipal / rakan kongsi / pengarah.
    2. Satu salinan Sijil Perakuan Pendaftaran dengan LJBM bagi prinsipal / rakan kongsi / pengarah.
    3. Akuan berkanun mengenai kebankrapan oleh prinsipal / rakan kongsi / pengarah yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah (sila rujuk format surat akuan oleh LJBM).
    4. Pengisytiharan status pekerjaan terkini prinsipal / rakan kongsi / pengarah.
    5. Satu salinan Partnership Agreement atau Memorandum and Articles of Association (M&A)/ Seksyen 14 (SSM) dengan memasukkan terma mengenai aktiviti firma sebagai Juruukur Bahan Consultant seperti berikut:-
      (Sila rujuk PDF di bawah)
    6. Dokumen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkaitan:
        • Maklumat penubuhan syarikat.
        • Maklumat struktur pengarah terkini. syarikat
        • Maklumat modal berbayar syarikat. Sila ambil maklum bahawa modal berbayar bagi firma Pertubuhan Perbadanan adalah sekurang-kurangnya RM50,000.00
      Nota : Dokumen perlu diperakui sah oleh pihak SSM atau Setiausaha Syarikat.
    7. Dokumen tambahan (sekiranya berkaitan):
        • Bagi pengarah / rakan kongsi yang mempunyai komitmen sebagai pekerja dalam firma berkaitan industri pembinaan : Surat perletakan jawatan / akur janji untuk meletakkan jawatan daripada jawatan semasa bagi prinsipal / rakan kongsi / pengarah.
        • Bagi pengarah / rakan kongsi yang mempunyai komitmen sebagai pengarah / rakan kongsi dalam firma Perunding Ukur Bahan : Surat kelulusan dari rakankongsi / pengarah untuk menubuhkan firma.
        • Bagi pengarah / rakan kongsi yang mempunyai komitmen sebagai pengarah dalam firma berkaitan industri pembinaan : Surat memohon kebenaran daripada LJBM untuk menjadi pengarah firma berkaitan industri pembinaan (rujuk Fasal 27 (4) Kaedah-Kaedah Juruukur Bahan (pindaan) 2016).
  • 3
    Bayaran

    Bayaran adalah secara atas talian melalui sistem ReQSys. Jumlah bayaran yang perlu dikemukakan adalah sebanyak RM2,100.00 yang merangkumi:

    • RM2,000.00 (yuran pendaftaran).
    • RM100.00 (yuran pemprosesan yang tidak akan dikembalikan).

    Sila ambil maklum bahawa pemohon berkemungkinan dikehendaki menghadiri sesi temuduga yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pendaftaran dan Kelayakan sebelum permohonan dipertimbangkan. Pemohon akan dimaklumkan jadual sesi temuduga tersebut oleh sekretariat LJBM setelah semua keperluan permohonan dipenuhi.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi sekretariat pendaftaran Firma Perunding Ukur Bahan di talian 03-26108140 atau e-mel ke alina[at]bqsm.gov.my.

    Perkhidmatan Dalam Talian

    Skip to content