Program PQRS

#PQSmatters

PQRS 5.0 telah diadakan pada 1 Oktober 2019 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya Kuala Lumpur dengan bertemakan “#PQSmatters”. Program ini adalah anjuran bersama LJBM, Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia dan Universiti Malaya (UM); dan disokong oleh Lembaga Pembangunan

Industri Pembinaan (CIDB), Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan institusi pengajian tempatan lain yang menawarkan program ukur bahan. Program ini berjaya menarik seramai 795 orang peserta dan disempurnakan dengan perasmian oleh Yang DiPertua LJBM, Dato’ Sr Aziz bin Abdullah,CQS.

 

Matlamat utama program ini adalah sebagai ruang khusus untuk graduan ukur bahan berkumpul dan berkongsi pandangan mengenai profession ukur bahan dari pelbagai sudut berbeza, dan dalam masa yang sama membantu menggalakkan mereka menaik taraf pendaftaran sebagai Juruukur Bahan

Professional.

Skip to content