Program PQRS

Why Am I A QS?

Programme for QS Registration Scheme 2017(PQRS 3.0) telah diadakan pada 24 Oktober 2017 di Dewan Residensi UTM Kuala Lumpur dengan tema “Why Am I a QS?”. Acara ini dianjurkan bersama oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM), Royal Institution Surveyors Malaysia (RISM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM); disokong oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan institusi pengajian tinggi tempatan lain yang menawarkan program Ukur Bahan.

PQRS 3.0 adalah program satu hari seramai 405 peserta yang menghadiri program tersebut. Dirasmikan oleh Pendaftar BQSM, Sr Roziyah binti Ismail, CQS bagi mewakili Yang DiPertua LJBM. Kemudian, penyampaian ucap tama oleh Dato ‘Sr K. Sri Kandan, CQS. Empat penceramah telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja mereka iaitu Sr Dr Noushad Ali Naseem Ameer Ali,CQS , Dr Suraya Ismail, Sr Nik Zainal Alam Hasan, CQS dan Sr Mohamad Shazali Sulaiman, CQS. Mock Interview bagi Tier 1 Assessment of Professional Competence (APC) telah diadakan dalam program ini untuk memperlihatkan aliran dan apa yang diharapkan dalam sesi temu duga.

Program ini akan terus dilaksanakan di tahun-tahun yang akan datang kerana ia menyediakan ruang khusus untuk semua graduan ukur bahan untuk mengekalkan pendaftaran mereka dengan Lembaga Pengarah dan pada masa yang sama membuka ruang pemahaman yang lebih mendalam tentang hala tuju bagi menaiktaraf sebagai Juruukur Bahan.

Skip to content