Program QSIC

Thriving Amidst the Storm

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2016: Konvensyen Ukur Bahan Antarabangsa (QSIC 2016) telah diadakan bagi memperkasakan dan mengukuhkan profesion Juruukur Bahan dalam menghadapi persaingan global yang mencabar dan penuh persaingan.

Ini bersesuaian dengan tema Konvensyen tahunan kali ke-15 ini iaitu “Thriving amidst the storm”. Ia telah diadakan selama dua hari dengan pengisian ilmiah seperti sesi perkongsian idea melalui ceramah penceramah profesional daripada dalam dan luar negara selain lawatan teknikal ke lokasi terpilih.

Konvensyen antarabangsa ini dianjurkan oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJUBM), Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).