Program PQRS

#addvalue2yourself

PQRS 4.0 telah diadakan pada 2 Oktober 2018 di Kuliyyah of Architecture & Environmental Design (KAED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dengan bertemakan “#addvalue2yourself”. Acara ini dianjurkan bersama oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (BQSM), Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA); dan disokong oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan institusi pengajian tinggi tempatan lain yang menawarkan program Ukur Bahan. Program ini berjaya menarik sebanyak 538 peserta. Program telah disempurnakan dengan perasmian oleh Yang DiPertua LJBM, YBhg. Dato’ Sr Aziz bin Abdullah, CQS.


Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah seperti berikut;

  • Seminar dan Forum
  • Pendaftaran dan Pendaftaran Pembaharuan LJBM
  • Pendaftaran dan Pembaharuan RISM



Program ini akan terus dilaksanakan dalam tahun-tahun yang akan datang kerana menyediakan ruang khusus untuk semua graduan ukur bahan berdaftar dengan LJBM dan pada masa yang sama mempercepatkan perjalanan mereka untuk menjadi Juruukur Bahan Professional.

Galeri

Skip to content